Sunday, February 28, 2016

fuhhhh....

berhabuk gila dah blog ni. siap ada bau lagi. hahaha...lama sangat tak jenguk. hampir lupa kot.

dari politik ke ekonomi ke sosial, malaysia ni dah celaru. serius!!! setiap hari dapat dengar, tengok dan lihat manusia yang masih tak cukup-cukup duit nak beli kain kapan, sibuk berebut sumber-sumber ekonomi melalui kuasa politik. ekonomi kau jangan cakaplah bila orang yang sepatutnya jaga ekonomi tu sibuk membuncitkan perut, korang ingat dia ada masa nak fikir pasal ekonomi negara. mimpilah kau. kalau serius nak bina ekonomi, dah lama kot dia buat. gila apa negara ada minyak kot. ko pegi google balik apa kelebihan negara pengeluar minyak kalau tak tahu.

bab sosial aku tak mau cerita, hari-hari boleh tengok, baca dan lihat sendiri. takat jumpa bayi kena buang tu, jadi berita FB je. suratkhabarpun dah malas nak ambil buat berita. orang dah tak heran.

apapun aku suka sangat bila tengok rakyat malaysia yang baik hati dan pemurah bila ada isu melibatkan kemanusian. bila cerita bab kemiskinan sesuatu keluarga atau kisah ibu bapa tak cukup duit nak biaya kos rawatan, ramai dan laju je pakat membantu. serius hati aku tersentuh. dalam rakusnya dunia ini, masih ramai yang berhati mulia membantu semampunya meredakan kegusaran.

p/s petang semalam pi pasaraya, aku park keta kat parking khas ibu bapa dan kanak-kanak sahaja tu. parking semua penuh. bila aku toleh kanan terus tercetus dalam kepala aku "ramai juga yang masih buta huruf di malaysia ni ye"...kahkahkah. loving couple park kt sebelah bhai.